Skip to main content Scroll Top

GNSS

Sistem Navigasi Satelit Global (Global Navigation Satellite System, GNSS) merujuk kepada konstelasi satelit yang menghantar isyarat dari angkasa kepada penerima di Bumi. Sistem ini digunakan untuk menentukan lokasi geografi pengguna di mana-mana sahaja di dunia yang menerima isyarat GNSS. GNSS terdiri daripada beberapa rangkaian satelit, termasuk  Sistem Penentu Kedudukan Global (Global Positioning System,GPS) (dimiliki oleh Amerika Syarikat), Sistem Nagivasi Satelit Global Russia (Globalnya Navigatsionnaya Sputnikovaya Sistema, GLONASS) serta  Sistem Nagivasi Satelit BeiDou yang dimiliki oleh Republik China. Kita dapat mengkaji keadaan lapisan ionosfera kerana isyarat satelit ini melalui lapisan ionosfera apabila menghantar data ke penerima di Bumi. Parameter yang boleh dikira daripada isyarat GNSS dikenali sebagai Jumlah Kandungan Elektron (Total Electron Content, TEC). Peta TEC di Malaysia pada 1 Oktober 2022 adalah seperti di bawah. Selain daripada itu, fenomena seperti gelembung plasma (PBB) juga dapat dilihat melalui indeks kadar perubahan TEC. 

Peta Jumlah Kandungan Elektron
Peta Gelembung Plasma
Peta Detrended Jumlah Kandungan Elektron

Penghargaan

TEC dihasilkan menggunakan program yang telah dibangunkan oleh Prof. Madya. Dr Yuichi Otsuka, Universiti Nagoya. Maklumat lanjut berkenaan program tersebut boleh dirujuk di sini.

Data untuk menghasilkan peta di atas adalah daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, King Mongkut’s Institute of Technology Ladkrabang (KMITL), Thailand dan Sumatran GPS Array.