Skip to main content Scroll Top

Angin Suria

Angin suria ialah aliran berterusan plasma yang terdiri daripada zarah-zarah bercas seperti elektron dan proton yang bergerak keluar dari korona Matahari ke seluruh Sistem Suria. Plasma ini turut membawa bersama medan magnet Matahari yang dikenali sebagai medan magnet antara planet (Interplanetary Magnetic Field, IMF).

Kelajuan angin suria berbeza-beza bergantung kepada kawasan asalnya di Matahari, lazimnya antara 250 km s⁻¹ hingga 750 km s⁻¹. Semasa bergerak merentasi ruang angkasa, sifat-sifat angin suria seperti kelajuan, suhu dan ketumpatannya juga sentiasa berubah.

Apabila angin suria tiba di magnetosfera Bumi, interaksi antara keduanya dalam keadaan tertentu boleh mencetuskan ribut geomagnet. Fenomena ini boleh menjejaskan komunikasi radio, sistem navigasi serta operasi satelit. Namun begitu, interaksi yang sama juga menghasilkan fenomena aurora yang indah di kawasan kutub Bumi.

Sumber : NASA Goddard/CIL/Josh Masters