Atmosfera ialah lapisan gas yang terdapat di sekeliling Bumi dan menjadi persekitaran penting untuk kehidupan. Ia terdiri daripada nitrogen, oksigen dan gas-gas lain serta membantu melindungi Bumi daripada sebahagian sinaran berbahaya daripada Matahari dan mengekalkan suhu yang sesuai untuk kehidupan.
Atmosfera terdiri daripada lima lapisan utama:
Troposfera (0–12 km)
- Lapisan paling rendah dan paling padat dalam atmosfera.
- Kebanyakan fenomena cuaca Bumi seperti awan, hujan dan ribut berlaku di sini.
- Pergerakan pesawat komersial semasa berlepas, mendaki dan menurun melalui lapisan ini.
Stratosfera (12–50 km)
- Udara di stratosfera lebih stabil dan kurang bergelora berbanding troposfera, menjadikannya sesuai untuk penerbangan pada altitud tinggi.
- Sebahagian penerbangan komersial, terutamanya penerbangan jarak jauh, beroperasi di bahagian atas troposfera dan bahagian bawah stratosfera.
- Mengandungi lapisan ozon yang menyerap sebahagian besar sinaran ultraungu (UV) Matahari
Mesosfera (50–80 km)
- Sempadan antara mesosfera dan termosfera mempunyai suhu yang paling rendah.
- Kebanyakan meteor terbakar di lapisan ini.
Termosfera (80–700 km)
- Udara sangat nipis dan suhu meningkat dengan ketara apabila ketinggian bertambah.
- Aurora boleh berlaku di kawasan ini hasil interaksi zarah bercas dengan atmosfera atas Bumi.
Eksosfera (700–10,000 km)
- Lapisan paling luar atmosfera dengan ketumpatan zarah yang sangat rendah.
- Lapisan peralihan ke ruang angkasa lepas, dan kebanyakan satelit mengorbit dalam kawasan ini.

