Cuaca angkasa merujuk kepada fenomena yang berlaku di ruang angkasa, dipengaruhi oleh aktiviti Matahari. Ia termasuk ribut geomagnet, angin suria, dan CME. Fenomena ini dapat dikaji dan diramal menggunakan data-data cerapan angkasa dan dasar Bumi terdahulu. Fenomena cuaca angkasa boleh menyebabkan gangguan kepada teknologi di Bumi dan sekitarnya.
Sebagai contoh, gangguan pada cuaca angkasa boleh menyebabkan masalah pada satelit komunikasi, navigasi GPS, dan juga grid elektrik. Gangguan-gangguan ini dapat diperhatikan daripada pelbagai peralatan cerapan dasar. Selain itu, angkasawan yang berada di angkasa juga terdedah kepada risiko dari radiasi yang dipancarkan oleh Matahari.
Sebagai contoh, gangguan pada cuaca angkasa boleh menyebabkan masalah pada satelit komunikasi, navigasi GPS, dan juga grid elektrik. Selain itu, angkasawan yang berada di angkasa juga terdedah kepada risiko dari radiasi yang dipancarkan oleh Matahari.
TOMPOK MATAHARI
Tompok Matahari ialah kawasan gelap yang dilihat pada permukaan matahari kerana suhunya lebih rendah daripada kawasan sekitarnya.
SEMARAK SURIA
Semarak suria atau prominens suria ialah struktur plasma berbentuk gelungan atau lengkungan besar yang terbentuk di atas permukaan Matahari mengikut garisan medan magnet.
NYALAAN SURIA
Nyalaan suria adalah letusan tenaga dalam bentuk sinaran elektromagnet yang berlaku akibat pembebasan tenaga magnet di kawasan aktif Matahari, biasanya di tompok matahari.
ANGIN SURIA
Angin suria ialah aliran berterusan plasma yang terdiri daripada zarah-zarah bercas seperti elektron dan proton yang bergerak keluar dari korona Matahari ke seluruh Sistem Suria.
LENTINGAN JISIM KORONA (CME)
Lentingan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) ialah letusan besar yang melibatkan pelentingan plasma bersama medan magnet dari korona Matahari ke ruang angkasa.
RIBUT GEOMAGNET
Ribut geomagnet ialah gangguan pada medan geomagnet (magnet Bumi)yang berlaku apabila angin suria atau CME berinteraksi dengan magnetosfera Bumi.
RIBUT RADIASI SURIA
Ribut radiasi suria berlaku apabila letusan medan magnet berskala besar di atmosfera Matahari, yang sering disertai oleh nyalaan suria dan CME, mempercepatkan zarah bercas, terutamanya proton, kepada tenaga yang sangat tinggi.

