SPACEUKM
Portal Cuaca Angkasa
SELAMAT DATANG KE PORTAL CUACA ANGKASA
“Jom terokai fenomena cuaca angkasa! Ketahui bagaimana aktiviti Matahari seperti ribut suria dan angin suria mempengaruhi satelit, komunikasi, dan teknologi yang kita gunakan setiap hari.”
Apa itu cuaca angkasa?
Cuaca angkasa merujuk kepada fenomena yang berlaku di ruang angkasa, dipengaruhi oleh aktiviti Matahari. Ia termasuk ribut geomagnet, angin suria, dan lentingan jisim korona (CME).
Fenomena ini boleh memberi impak kepada teknologi moden dan manusia serta alam semulajadi. Oleh itu, memahami cuaca angkasa adalah penting untuk melindungi teknologi moden yang kita gunakan setiap hari.
JOM FAHAMI CUACA ANGKASA

