Matahari ialah bintang terdekat dengan Bumi dan sumber utama tenaga bagi kehidupan di planet kita. Lapisan dalaman dan luaran Matahari yang kompleks serta aktiviti yang berlaku di permukaannya menjadikan Matahari sebuah bintang yang dinamik dan sentiasa berubah. Aktiviti ini menghasilkan pelbagai fenomena cuaca angkasa yang berinteraksi dengan magnetosfera dan atmosfera Bumi, sekali gus memberi kesan kepada teknologi moden serta kehidupan harian.
Dari segi ciri fizikal, Matahari merupakan bebola gas yang sebahagian besarnya terdiri daripada hidrogen dan helium. Diameternya adalah kira-kira 1.4 juta km, manakala jisimnya hampir 300 ribu kali ganda lebih besar daripada jisim Bumi. Matahari berada pada jarak purata kira-kira 150 juta km dari Bumi, dan cahayanya hanya mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai ke Bumi. Di bahagian teras, suhu boleh mencapai sekitar 15 juta °C, manakala suhu permukaannya adalah sekitar 5,500 °C.
struktur matahari
Matahari mempunyai struktur yang kompleks dan boleh dibahagikan kepada dua lapisan utama, iaitu lapisan dalam dan lapisan luar.
cuaca angkasa
Cuaca angkasa didefinisikan kepada pelbagai fenomena yang berlaku di ruang angkasa akibat aktiviti di matahari.
magnetosfera bumi
Magnetosfera Bumi ialah suatu ruang dalam angkasa lepas yang meliputi bumi, di mana medan magnet dalam magnetosfera bumi ialah gabungan antara medan magnet bumi (sebagai medan magnet utama)
atmosfera bumi
Bumi ialah planet ketiga dari matahari dan merupakan satu-satunya planet yang sesuai untuk didiami dalam sistem suria kita.

