Kit Angkasa merupakan kit pembelajaran dan pencerapan cuaca angkasa yang dibangunkan melalui pendekatan STEM. Salah satu Kit Angkasa yang dibangunkan ialah UKM-SID™, yang membolehkan penerokaan hubungan antara aktiviti Matahari dan perubahan pada ionosfera melalui pencerapan sebenar.
UKM-SID™ digunakan untuk memantau Gangguan Ionosfera Mendadak (Sudden Ionospheric Disturbance, SID), iaitu perubahan mendadak pada ionosfera akibat peningkatan sinaran daripada nyalaan suria. Apabila berlaku nyalaan suria, peningkatan sinaran elektromagnet, terutamanya sinar-X, boleh meningkatkan pengionan di bahagian bawah ionosfera. Perubahan ini mempengaruhi isyarat frekuensi sangat rendah yang merambat antara pemancar dan penerima. Melalui UKM-SID™, perubahan pada isyarat VLF (Very Low Frequency) ini dapat dikesan dan direkodkan.
Alami Sendiri Sains Angkasa Melalui Data Sebenar
Bagaimana kita boleh mengesan kesan aktiviti Matahari dari permukaan Bumi?
Kit Angkasa UKM-SID™ menggabungkan pembelajaran teori dengan pengalaman pencerapan menggunakan data sebenar. Melaluinya, hubungan Matahari–ionosfera–Bumi, isyarat VLF dan data saintifik dapat diterokai secara langsung sambil membina kemahiran analisis dan penyelesaian masalah melalui aktiviti STEM.
Bawa Cuaca Angkasa ke Bilik Darjah
Kit Angkasa membawa fenomena cuaca angkasa yang berlaku berjuta-juta kilometer dari angkasa ke Bumi terus ke bilik darjah.
Dengan sistem pencerapan kos rendah, Kit Angkasa UKM-SID™ membawa pengalaman mencerap fenomena cuaca angkasa secara langsung ke dalam pembelajaran STEM.
Kenali UKM-SID™
Dibangunkan oleh penyelidik UKM, Kit Angkasa UKM-SID™ menggabungkan bahan pembelajaran dengan sistem pencerapan VLF yang membolehkan pelajar mencerap, merekod dan menganalisis data sendiri.
Satu kit, tiga komponen utama:
01 — Modul Pembelajaran
Dua modul iaitu Kit Angkasa dan Analisis Data akan membimbing anda memahami asas cuaca angkasa, menjalankan pencerapan dan menganalisis data sebenar.
02 — Antena VLF
Menerima isyarat frekuensi sangat rendah daripada stesen pemancar VLF untuk tujuan pencerapan.
03 — Sistem Pencerapan UKM-SID™
Sistem pencerapan kos rendah yang menerima dan merekod perubahan isyarat VLF untuk mengenal pasti kejadian SID.
🌞 Bersedia Meneroka Dunia Cuaca Angkasa?
Jom terokai dunia cuaca angkasa! Dapatkan Kit Angkasa UKM-SID™ dan alami sendiri pengalaman mencerap dan menganalisis data sebenar.
Hubungi kami untuk keterangan lanjut.
Sudah mempunyai akaun?
Views: 100

